Kelas Keusahawanan Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) Bersama Jabatan Kemas Sri Aman & Advokasi- Membuat bantal hiasan
12 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Januari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) bersama staff dari Jabatan Kemas Sri Aman dengan menjemput kaum ibu-ibu yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut adalah seperti pengenalan kepada bahan-bahan asas yang akan digunakan untuk menjahit bantal hiasan, menyelarikan kain satin dengan menggunting tepi kain dan membuat petak pada kain satin bagi memudahkan proses menjahit pada kelas yang akan datang.
Selain itu, peserta turut diberi pendedahan mengenai program advokasi seperti Klik Dengan Bijak, e-waste dan Check Your Label. Peserta yang hadir telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai cara pelupusan e-sisa yang betul dan berhemah tanpa membahayakan alam sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: